Kata ganti nama diri terdiri daripada 3 bahagian iaitu:-
> Kata ganti nama diri pertama. Aku, saya, kami, kita
> Kata ganti nama diri kedua. Awak, kalian
> Kata ganti nama diri ketiga. Dia, mereka
Kata ganti nama diri pertama
Aku: ketika bercakap dengan orang yang rapat, sama taraf atau ketika berdoa kepada tuhan
Patik : ketika bercakap dengan sultan, permaisuri, raja dan kerabat diraja
Hamba : ketika bercakap dengan orang yang rapat, sama taraf atau ketika berdoa kepada tuhan (bahasa lama)
Kita : merujuk diri orang yang bercakap serta orang lain yang mendengarnya
Kami : merujuk diri sendiri serta rakannya apabila bercakap dengan pihak lain
Kata ganti nama diri kedua
Anda : untuk orang yang baru dikenali atau bercakap tanpa bersemuka
Awak : untuk orang kedua yang rapat dengan penutur termasuk panggilan orang atasan kepada orang bawahan
Kamu : ditujikan untuk orang yang disapa oleh dewasa
Engkau : digunakan kepada orang yang rapat dengan penutur termasuk panggilan ketika berdoa
Tuanku : untuk menyebut diri raja atau sultan ketika bercakap dengannya
Kalain : untuk menyebut atau bercakap dengan dirip orang kedua yang lebih daripada seorang
No comments:
Post a Comment
Want to say something? Just comment here! ^_^